Kota Kinabalu, 5 Oktober 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini antara 1,376 penerima darjah kebesaran dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Negeri Sabah Tahun 2024 di Istana Seri Kinabalu, di sini.
Tan Sri Razarudin yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah menerima Darjah Kebesaran tertinggi negeri Sabah iaitu Seri Panglima Darjah Kinabalu yang membawa
gelaran ‘Datuk Seri Panglima’ daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin.
Hadir dalam istiadat di istana negeri tadi ialah isteri kepada Tuan Yang Terutama Negeri Sabah, Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr.) Norlidah Tan Sri Datuk R.M. Jasni, barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Sabah dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (
PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman.
Selain KPN, empat lagi Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia turut dikurnia darjah kebesaran dalam istiadat sama.
Mereka terdiri daripada Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi)
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Dato’ Fadil Hj. Marsus dan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, SAC Datuk Azmi Abd Rahim.
Empat pegawai kanan tersebut menerima Darjah Kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu yang membawa gelaran ‘Datuk’.
Pada sebelah malamnya pula, Tan Sri Razarudin turut berbesar hati memenuhi undangan ke Majlis Jamuan Negeri sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang Ke-71 Tuan Yang Terutama Negeri Sabah di Dewan Bankuasi dekat Undangan Negeri Sabah.
Selain jamuan, majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan dari pelbagai entik di Sabah.
Yang turut hadir, Pesuruhjaya
Polis Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun bersama isteri merangkap Pengerusi PERKEP Kontinjen Sabah, Datin Nurhayatie Farhana Abdullah, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah, Komander
Briged Sabah Pasukan Gerakan Am, SAC Datuk Abdul Rani Alias dan tetamu kenaaman serta barisan penerima darjah kebesaran negeri Sabah.