Kota Bharu, 15 Oktober 2024 - Polis
Kelantan berjaya menggagalkan kegiatan penyeludupan dadah selepas merampas 5.59 juta biji atau 652.4 kilogram pil Yaba dan 2.6 kilogram dadah jenis Heroin bernilai RM49.17 juta di Jalan Pasir Mas-Salor, di sini.
Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan di sebuah rumah pada jam 9.05 minit malam Isnin minggu lalu itu turut menahan seorang lelaki berusia 32 tahun.
Pengarah JSJN Bukit Aman, CP Dato' Seri Khaw Kok Chin, berkata serbuan dilakukan hasil risikan dilakukan pihaknya selain maklumat awam.
"Ketika serbuan dilakukan, suspek lelaki warga tempatan yang berperanan sebagai penghantar dadah berada dalam rumah berkenaan sebelum polis menemui sejumlah dadah diletakkan di ruang tamu rumah itu.
"Pemeriksaan lanjut mendapati sebanyak 5.59 biji atau 652.4 kilogram pil Yaba dan 2.6 kilogram Heroin dianggarkan bernilai RM49 juta ada bersamanya.
"Kita turut menyita sebuah Perodua Myvi dan sebuah motosikal dianggarkan bernilai RM61,000," katanya pada sidang media di sini, hari ini.