Kuala Lumpur, 17 Oktober 2024 - Polis menumpaskan satu sindiket penjualan data peribadi susulan penahanan lima lelaki, termasuk dalang utama seorang lelaki warga Pakistan pada 5 September lalu.
Semua suspek berusia 34 hingga 52 tahun itu ditahan menerusi Operasi Kapas dalam serbuan di beberapa lokasi berasingan di sekitar Lembah Klang.
Operasi itu hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia bersama Siber Sekuriti
Malaysia dan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata siasatan mendapati kelima-lima suspek disyaki melakukan urusan jual beli data peribadi rakyat Malaysia melalui 'dark web'.
Katanya, siasatan mendapati dua suspek termasuk lelaki warga Pakistan berperanan sebagai pembangun portal serta penggodam (“hacker”), manakala tiga yang lain adalah ejen dan pengutip hutang yang membeli data.