Ketibaan Dato' Sri Ayob Khan di perkarangan Kompleks Setia Perkasa sekitar jam 9.50 pagi tadi telah disambut Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) Jabatan Logistik
dan Teknologi Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang dan Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik)
Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, DCP Dato' Kumaran Karuppannan.
Majlis yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Datuk Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar tersebut adalah merupakan inisiatif untuk memperkukuh kecintaan kepada bahasa kebangsaan dalam kalangan warga KDN.
Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan merupakan antara program Kerajaan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kecintaan kepada bahasa kebangsaan serta memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
Program yang turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya penampilan khas, Sasterawan Negara, Dato' Rahman Shaari yang mendeklamasikan sajak bertajuk "Merawat Hati" dan ceramah literasi disampaikan oleh guru Bahasa Melayu iaitu Cikgu Zack Kinrara yang juga merupakan seorang pempengaruh media sosial.
Hadir sama, Timbalan Komisioner Jeneral
Penjara, Dato' Abdul Aziz Abdul Razak, Ketua Bahagian Penguatkuasaan
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Encik Rahimi Arifin merangkap wakil Ketua Pengarah DBP dan barisan Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia serta KDN.