Menu

YAYASAN PETRONAS BERI SUMBANGAN TUNAI HARGAI PENGORBANAN PESARA PDRM

Kuala Lumpur, 17 Oktober 2024 - Yayasan Petroliam Nasional Berhad (Yayasan PETRONAS) hari ini berbesar hati menyampaikan sejumlah sumbangan tunai kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) sebagai menghargai pengorbanan para pesara Sang Saka Biru serta meringankan beban golongan sasar yang banyak berjasa kepada tanah air tercinta.

Penyampaian sumbangan berbentuk “mock cheque” oleh Ketua Operasi Yayasan PETRONAS, Yang Mulia (YM) Tengku Noraida Tengku Mahmood kepada Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Bukit Aman, CP Dato’ Mohd Roze Shaari sambil disaksikan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain bersama Pengurus Besar Kanan Kumpulan Keselamatan PETRONAS, Ts. Mohd Noor Ahmad bertempat di Dewan Terbuka, Menara 1, Menara Berkembar PETRONAS, pagi tadi.

 
Berucap tadi, Tan Sri Razarudin menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Yayasan PETRONAS atas keprihatinan dan sumbangan secara berterusan kepada TAWP dalam menghargai jasa serta keringat para pesara PDRM sebelum menyempurnakan gimik perasmian sambutan Hari Keselamatan PETRONAS 2024.
Seusai majlis perasmian tersebut, Tan Sri Razarudin turut berkesempatan meluangkan masa mengunjungi reruai pempamer yang terdiri daripada pameran produk PETRONAS dan agensi keselamatan negara seperti Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
 
Tidak ketinggalan mengambil bahagian, PDRM menerusi Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman turut membuka kaunter diskaun saman sebanyak 50 peratus bagi kesalahan-kesalahan terpilih.

Dalam majlis sama, Tan Sri Razarudi turut diberi penghormatan menyempurnakan perasmian “Group Security PETRONAS Integrated Security Control Centre” dengan menandatangani plak perasmian di Menara 2, di sini, sebelum diberi taklimat pengoperasian dalam mengawal selia keselamatan aset-aset strategik PETRONAS di darat dan perairan negara.

Terdahulu, ketibaan Tan Sri Razarudin kira-kira jam 10.00 pagi telah disambut oleh Pengarah JSPT, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf bersama Pengurus Operasi Domestik Kumpulan Keselamatan PETRONAS, Encik Norazmi Marsudin sebelum mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, YM Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, DCP Dato’ Azry Akmar Dato’ Hj. Ayob, Ketua Polis Daerah Dang Wangi , ACP Sulizmie Affendy Sulaiman dan barisan Pegawai Kanan PDRM serta Pegawai Kumpulan PETRONAS.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri.

May be an image of 4 people and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 2 people, suit and text

May be an image of 16 people and text

May be an image of 7 people, newsroom and text

May be an image of 12 people, crowd, newsroom and text

May be an image of 10 people, newsroom and text

May be an image of 5 people, dais and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS