Menu

[VIDEO PILIHAN] OBK: LAWATAN RASMI KPN KE TAMAN NEGARA, MERANGKAP PENGERUSI BERSAMA MESYUARAT BIL. 2/2024

Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir mempengerusikan bersama Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Dato’ Abdul Kadir Abu Hashim dalam Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 16 Bilangan 2/2024 di Taman Negara, Jerantut, Pahang.
Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Tuan Ribuan Abdullah yang mewakili Ketua Pengarah JKDM.

Dalam rangka lawatan rasmi ke Taman Negara, Tan Sri Razarudin turut memenuhi undangan PERHILITAN dalam Majlis Makan Malam Rasmi OBK yang diadakan di sini sebelum menyertai beberapa aktiviti lawatan sempena Pemukiman Jabatan Perhilitan Tahun 2024 yang telah dianjurkan oleh pihak urus setia.

Sumber: TikTok PDRMsia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS