Menu

#BeSmartStayAlert #LetsFightScammerTogether ARTIKEL PILIHAN: RAMAI KENA TIPU BELI BEG TANGAN DALAM TALIAN

Kuala Lumpur, 22 Oktober 2024 - Sebanyak 242 kes dengan kerugian mencecah RM3 juta direkodkan melibatkan kes tipu pembelian beg tangan secara dalam talian di seluruh negara sejak tahun lalu.

Pengarah JJabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, tahun lalu mencatatkan 137 kes dengan kerugian kira-kira RM2.1 juta.

Menurutnya, tahun ini setakat September, ada 105 kes dilaporkan membabitkan kerugian berjumlah RM918,063.03.

"Apa-apa yang ditawarkan dalam platform 'online' ini berisiko mendatangkan penipuan kerana apa sahaja yang dilihat menarik, individu yang akan menjadi mangsa ini kemudiannya akan membuat tempahan dan sebagainya.

"Lebih membimbangkan tiada apa-apa jaminan bahawa barangan diterima itu sama seperti ditempah atau dalam sesetengah kes langsung tidak ada diterima," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, dinasihatkan agar mana-mana individu atau pembeli barangan secara dalam talian untuk menggunakan platform yang sah dan mempunyai jaminan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

Sumber: SSinar Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS