Menu

VIDEO TULAR: INSIDEN KES RAGUT

"Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang sedang mengesan seorang penunggang motosikal berpakaian seperti penghantar makanan yang disyaki meragut rantai leher seorang wanita berhampiran kedai buah di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan."

"Suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 warna biru itu, telah meragut rantai berloket milik mangsa bernilai RM3,000.00. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan."

"Polis masih giat mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes ini. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan."

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A A Anbalagan

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS