Menu

[HEBAHAN] FORUM CAKNA JENAYAH: SCAMMER DAN KESEDARAN AWAM, BAGAIMANA JPJKK DAN AMANITA MEMPERKASA KOMUNITI

[HEBAHAN] FORUM CAKNA JENAYAH: SCAMMER DAN KESEDARAN AWAM, BAGAIMANA JPJKK DAN AMANITA MEMPERKASA KOMUNITI

Ayuh beramai-ramai ke Forum Cakna Jenayah anjuran Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti PDRM (JPJKK) berkaitan Scammer dan Kesedaran Awam: Bagaimana JPJKK dan Amanita Memperkasa Komuniti yang akan berlangsung pada 27 Oktober 2024 (Ahad) bermula 9.00 pagi hingga 10.30 pagi di Dataran Bentong, Pahang.

Panel terlibat terdiri daripada Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan (E9), Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Dato’ Aida Abdul Hamid, Ketua JPJKK Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, SAC Dato’ Mohamad Noor Yusof Ali, SAC Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, SAC Zaldino Zaludin dan Pegawai Penyelaras Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi Universiti Teknologi Malaysia, Johor, ASP Arba’ahtul Arnida Adam sebagai moderator.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS