Menu

TIMBALAN KPN PENGERUSIKAN MESYUARAT PEMBENTANGAN SPBS DAN EMD

Serdang, 25 Oktober 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini mempengerusikan Mesyuarat Pembentangan Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS) dan Sistem Peranti Pengawasan Elektronik (EMD) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat CMS, Syarikat Bay Watch ELV System Sdn. Bhd., Puchong, di sini, pagi tadi.
Dalam mesyuarat tersebut, Penolong Pengarah Pendataan Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti PDRM (JPJKK) Bukit Aman, ACP Sivapergahsum Shanmugam telah membentangkan mengenai Projek Penaiktarafan dan Pembangunan Semula SPBS bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM). Manakala pembentangan mengenai EMD telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bay Watch ELV System Sdn. Bhd., Encik Mohd Khairul Amri Mustafa.
Antara fungsi SPBS adalah bagi mengenal pasti dan memantau kawasan “hotspots” serta lokasi yang kerap berlaku jenayah manakala EMD adalah alat yang dipasangkan terhadap penjenayah mengikut peruntukan undang-undang bagi membantu pihak polis dalam memantau pergerakan sekali gus mengurang jenayah berulang.
Hadir sama, Timbalan Pengarah II Cawangan Khas Bukit Aman, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid, Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussien Omar Khan, Penolong Pengarah (E6) Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Zahari Sidik, Timbalan Pengarah (Operasi) JPJKK Bukit Aman, DCP Dato’ Azman Ayob, barisan pegawai kanan polis dan wakil dari Syarikat Bay Watch ELV System Sdn. Bhd.
Jurugambar: PDRM RMP TV
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS