Menu

[VIDEO PILIHAN] BELANJAWAN 2025: KEPRIHATINAN KERAJAAN MADANI MELIPUTI PELBAGAI ASPEK KESELAMATAN, FASILITI DAN KEBAJIKAN WARGA PASUKAN

Keprihatinan Kerajaan MADANI bukan sahaja dalam memastikan aspek keselamatan negara dan ketenteraman awam berada pada tahap terbaik, malah fasiliti serta hal ehwal kebajikan melibatkan pegawai dan anggota keselamatan turut diberi perhatian sewajarnya. Ia dibuktikan melalui peruntukan yang diumum oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2025 baru-baru ini.

Melalui Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama agensi dan jabatan di bawahnya menerima baik penambahan peruntukan sebanyak RM500 juta, berbanding peruntukan pada Belanjawan 2024 (menjadikan ia berjumlah RM19.5 bilion).

Peruntukan tersebut meliputi pembinaan kompleks ibu pejabat polis daerah dan balai polis yang baharu, pembelian aset khusus PDRM, penglibatan anggota PDRM dalam Program Latihan Khidmat Negara 3.0 serta penyelenggaran kuarters penjawat awam termasuk PDRM bagi memperkasa kesejahteraan taraf hidup dan penyampaian perkhidmatan warga Sang Saka Biru.

#26102024

Pautan Video:

https://www.facebook.com/watch/?v=465975786459480
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS