Kuala Lumpur, 28 Oktober 2024 - Sekumpulan lelaki warga asing yang berhasrat untuk melanggan pelacur di 'rumah merah' di sini, terbantut selepas melihat kehadiran polis yang menjalankan serbuan di premis di Jalan Petaling dan Jalan Silang di sini, semalam.
Serbuan menerusi Op Noda
#KLStrikeForce itu dijalankan Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) Jabatan Siasatan
Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (KL) bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi yang diketuai ASP Saifulazhar Abd Khodir.
Tinjauan juga mendapati premis pelacuran itu menggunakan pintu besi selain berada di bangunan yang sedikit usang.
Beberapa pelanggan disyaki warga asing yang cuba masuk ke dalam premis terus melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis.
Ketua
Polis KL, Dato' Rusdi Mohd Isa berkata, dua serbuan dilakukan kira-kira jam 10 malam di Jalan Petaling serta Jalan Lebuh Pudu.
“Seramai 10 wanita Indonesia berusia lingkungan 20-an hingga 30-an ditahan selain rampasan kondom, botol minyak pelincir, tisu serta wang tunai.
“Siasatan awal mendapati kegiatan pelacuran di premis yang mula beroperasi bermula jam 5 petang itu mengenakan bayaran sekitar RM40 hingga RM50 bagi khidmat seks wanita terbabit,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.