Jitra, 29 Oktober 2024 - Polis Kedah menerima lebih 48 laporan polis di negeri ini berhubung kes pelaburan emas Siti Hajartul Haini membabitkan kerugian sebanyak RM26 juta.
Ketua
Polis Kedah, CP Dato’ Fisol Salleh, berkata laporan polis itu diterima membabitkan daerah Kulim, Kota Setar, Kubang Pasu, Sik dan Kuala Muda.
Berikutan itu, beliau berkata, tujuh suspek termasuk dalangnya iaitu seorang wanita yang berusia 37 tahun, ditahan di negeri ini.
“Enam lagi suspek termasuk suami wanita itu dan adik perempuannya serta adik iparnya iaitu lelaki, manakala tiga lagi dipercayai ejen pelaburan emas terbabit.
“Semua mereka yang ditahan berusia antara 29 hingga 62 tahun itu bermula pada 21 dan 22 Oktober lalu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, di sini semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Berita Harian seperti di lampiran.