Menu

#BiarJasaJadiPilihan POSTING PILIHAN: ANGGOTA MPV BANTU IBU DAN BAYI DALAM KESUSAHAN

Anggota polis dari Cawangan Kereta Peronda Polis (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields telah menghulurkan bantuan kepada seorang ibu bersama anak berusia 15 hari dengan mengawal lalu lintas dan menolak kenderaannya yang mengalami kerosakan ke tempat yang lebih selamat. Ibu yang masih berpantang pastinya tidak mampu mengeluarkan kudrat untuk berjalan apatah lagi menolak keretanya semalam.
Terima kasih anggota MPV KL 212 atas bantuan dan prihatin terhadap keselamatan ibu dan bayi berkenaan.

‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.'
Sumber: Polis Brickfields

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS