Menu

ARTIKEL PILIHAN: PDRM MULA SIASATAN KES BULI, DERA PEGAWAI KADET UPNM - KPN

Kuala Lumpur, 2 November 2024 - Siasatan kes seorang pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipercayai menjadi mangsa buli dan dera seorang penuntut senior telah dimulakan, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata kertas siasatan dibuka selepas mangsa berusia 20 tahun itu membuat laporan kira-kira 8.20 malam tadi (1 November) dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"Kejadian dikatakan berlaku pada 11.45 malam 22 Oktober lepas, di bilik asrama UPNM selepas penuntut senior yang juga pegawai kadet tahun empat telah meminta mangsa menggosok baju kerja miliknya.

"Secara tiba-tiba, pelajar senior berusia 22 tahun itu telah mengambil seterika dipegang pengadu sebelum menekap di bahagian dada sebelah kanannya sebanyak satu kali," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS