Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 39 KEMATIAN AKIBAT NAHAS DIREKOD TEMPOH DUA HARI

Kuala Lumpur, 2 November 2024 - Sebanyak 3,268 kemalangan jalan raya dan 39 kematian di seluruh negara direkodkan sepanjang dua hari sambutan perayaan Deepavali.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, berkata statistik turut merekodkan 38 kemalangan maut.

Menurutnya, mengikut pecahan, sebanyak 1,882 kes kemalangan, 15 kemalangan maut dan 16 kematian direkodkan pada Rabu, manakala 1,386 kes, 23 kemalangan maut dan 23 kematian dicatatkan pada Khamis.

“Pecahan jumlah kematian bagi tempoh dua hari itu membabitkan motosikal sebanyak 32 orang, kereta (4 orang), lori (1 orang), basikal (1 orang) dan kenderaan pelbagai guna (1 orang),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS