Menu

[UPDATE] KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS RAKAM PERCAKAPAN PELAJAR SENIOR UPNM

Kuala Lumpur, 3 November 2024 - Polis sudah memanggil seorang pelajar senior Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang disyaki membuli dan mendera seorang pelajar yang juga juniornya.
Pelajar terbabit dirakam percakapan selepas dilaporkan membuli dan mendera seorang pegawai kadet tahun dua universiti sama pada 23 Oktober lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Rusdi Mohd Isa berkata, setakat ini pelajar senior yang juga pegawai kadet tahun empat diambil keterangan pagi semalam bagi membantu siasatan kes.
“Keterangan saksi lain iaitu rakan sebilik kepada pelajar senior (suspek) itu akan diambil petang ini (semalam).
“Setakat ini, kita hanya ambil keterangan pelajar itu dan tidak menahannya,” katanya menerusi kenyataan, petang semalam.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS