Menu

[POSTING PILIHAN] HEBAHAN: POLIS KL TAWAR 50 PERATUS DISKAUN SAMAN BERMULA ESOK HINGGA SABTU

Kuala Lumpur, 4 November 2024 - Polis Kuala Lumpur menawarkan diskaun saman sebanyak 50 peratus kepada pesalah trafik bermula esok hingga Sabtu ini.

Ketua Jabatan siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata kaunter akan dibuka di Balai Polis Tun H S Lee dan orang ramai boleh mengambil peluang membuat semakan serta pembayaran saman secara bebas tunai.

Mohd Zamzuri berkata tawaran diskaun berkenaan tidak termasuk bagi kes saman kemalangan, saman bicara mahkamah, kategori tidak boleh kompaun, memotong secara berbahaya, kesalahan menggunakan lorong kecemasan dan langgar lampur isyarat.

"Kesalahan berkaitan kenderaan berat, pengubahsuaian ekzos, saman berstatus Op Selamat dan kesalahan memotong di garisan berkembar turut tidak termasuk dalam tawaran tersebut,' katanya ketika dihubungi hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2359343

Sumber: JSPT KL dan Bernama

May be an image of 1 person and text that says 'KAUNTER SEMAKAN DAN BAYARAN SAMAN TRAFIK (PDRM) SEHINGGA 50% DAN KEMPEN PEMBAYARAN SAMAN SECARA CASHLESS DISKAUN 50% UNTUK SEMUA JENIS SAMAN 50 % OFF KECUALI DISKAUN บง mG 1. SAMAN KEMALANGAN 2. SAMAN BICARA MAHKAMAH 3. KATEGORI TIDAK BOLEH KOMPAUN (N/C) 4. MEMOTONG SECARA BERBAHAYA POTONG POLIS 5. MENGGUNAKAN LORONG KECEMASAN 6. TIDAK PATUHI ISYARAT LAMPUMERAH LAMPU MERAH 7. KESALAHAN BERKAITAN KENDERAAN BERAT M/LORI 8. PENGUBAHSUAIAN EKZOS KENDERAAN SAMAN BERSTATUS OP SELAMAT 10. SAMAN KESALAHAN MEMOTONG DI GARISAN BERKEMBAR Tarikh 05/11/2024-09/112024 09/112024 05/11/2024 Masa 8.30 8.30pagi-4.00 pagi -4.00 petang Tempat BALAIPOLIS TRAFIK TUNH.S H.S LEE'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS