Menu

VIDEO TULAR: LELAKI MENGAMUK DI PLAZA TOL DITANGKAP

"Kejadian tersebut berlaku di sebuah plaza tol berhampiran Jalan Batu 9 Cheras. Dalam video tersebut, suspek telah turun dari kenderaan dan memarahi jurutol. Suspek turut menendang dinding kaunter sebelum beredar dari lokasi. Punca kejadian kerana suspek berang apabila ditegur mengetuk kad 'Touch n Go' dengan kuat semasa menggunakan perkhidmatan itu".

"Suspek yang turut mempunyai 17 rekod jenayah lampau dan pemeriksaan air kencing mendapati positif dadah jenis Methamphetamine telah ditahan bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952".

Sumber Kenyataan: Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof

Pautan Video:

https://www.facebook.com/watch/?v=1275424747245882
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS