Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: WARGA ASING LIAT BAYAR SAMAN AKAN DIBURU

KERATAN AKHBAR PILIHAN: WARGA ASING LIAT BAYAR SAMAN AKAN DIBURU 

Petaling Jaya, 15 November 2024 - Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan mengemaskini data pesalah trafik warga asing melalui kaedah semak silang dengan Jabatan Imigresen Malaysia bagi mengenal pasti pemilik saman tertunggak.

Pengarah JSPT, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri memberitahu Utusan Malaysia, pengemaskinian data itu adalah tindakan semasa pihaknya dalam mengumpul maklumat pesalah trafik yang disenarai hitam bagi saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) (K) 257 dan kes dilepas tanpa dibebaskan (DNAA).

Menurut beliau, JSPT juga giat melakukan operasi saman tertunggak warganegara asing (OSTWA) bagi memburu pesalah trafik yang masih degil melangsaikan saman mereka.
“Operasi pemutihan saman tertunggak ini akan dilakukan menerusi pemeriksaan sekatan jalan raya yang dilaksanakan secara berterusan,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, JSPT juga dalam perancangan melaksanakan penguatkuasaan saman di sempadan negara Malaysia-Singapura melalui sistem penguatkuasaan Permit Masuk Kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan dan PDRM.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Utusan seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS