Kuala Lumpur, 16 November 2024 - Polis menyiasat kes penyebaran surat palsu menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Hj. Fadillah Yusof yang dikesan dihantar kepada individu di Sarawak.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan kes itu diterima pihaknya di Balai Polis Presint 7, Putrajaya, pada Jumaat.
Katanya, laporan itu dibuat oleh pegawai keselamatan Dato’ Sri Hj. Fadillah.
Sebelum ini, media melaporkan laporan polis dibuat selepas seorang kakitangan awam memaklumkan kepada Dato’ Sri Hj. Fadillah menerusi WhatsApp selepas terbaca dua surat berkepala rasmi Jabatan Perdana Menteri di pejabat agensi kerajaan di Kuching, Sarawak, Selasa lalu.
Surat berkenaan memetik nama Dato’ Sri Hj. Fadillah namun tiada tandatangannya dan menawarkan pelbagai jawatan serta kelulusan kuarters kerajaan yang disebarkan individu yang menyamar sebagai pegawai kepada Dato’ Sri Hj. Fadillah.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian.