Kuala Lumpur, 16 November 2024 - Polis merekodkan jumlah kerugian RM8.03 bilion membabitkan sejumlah 131,386 kes jenayah komersil sepanjang tempoh 2021 hingga September lalu.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, sebanyak RM6.05 bilion kerugian membabitkan 102,376 kes jenayah komersil direkodkan sepanjang tempoh 2021 hingga 2023.
Katanya, bagi tahun ini iaitu setakat September ini, sebanyak 29,010 kes berbanding 30,422 kes dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun 2023.
Menurutnya, angka itu menunjukkan penurunan sebanyak 4.6 peratus atau bersamaan 1,412 kes, manakala jumlah kerugian yang direkodkan daripada Januari sehingga September 2024, adalah sebanyak RM1.98 bilion, di mana menyaksikan peningkatan sebanyak 22.6 peratus berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.
“Jenayah penipuan dalam talian membabitkan enam modus operandi utama iaitu jenayah telekomunikasi, jenayah e-kewangan, jenayah e-dagang, love scam, pinjaman tidak wujud, dan pelaburan tidak wujud, adalah kategori jenayah yang paling kerap dilaporkan setiap tahun.
“Bagi tahun 2024 sehingga September, sejumlah 24,671 kes dicatatkan dengan nilai kerugian sebanyak RM1.04 bilion,” katanya pada ucapan Amanat KPN, sempena perhimpunan bulanan KPN anjuran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM di sini, semalam.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.