Kuala Lumpur, 17 November 2024 - Berkumpul di dalam rumah kedai beramai-ramai bagi menghadiri upacara angkat sumpah menjadi ahli kongsi gelap Geng 360.
Itu antara kegiatan 14 remaja pelajar sekolah yang diberkas polis
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Ibu Pejabat
Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah
Cheras dalam operasi di Salak Selatan, Sungai
Besi di sini, jam 11 pagi kelmarin.
Remaja terbabit adalah antara 61 individu diberkas polis termasuk 10 lelaki warga emas berusia antara 60 hingga 91 tahun dan 37 individu berusia antara 18 hingga 59 tahun.
Ketika serbuan dilakukan, semua individu terbabit dipercayai bersiap sedia untuk direkrut menjadi ahli baharu kumpulan kongsi gelap 360.
Siasatan polis mendapati pertubuhan berkenaan yang berdaftar dengan
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia kononnya menjalankan aktiviti berasaskan kemakmuran, namun ia dipercayai bagi mengaburi aktiviti kongsi gelap mereka.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Harian Metro seperti di lampiran.