Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: LELAKI DERA KUCING TULAR DI MEDIA SOSIAL AKHIRNYA DICEKUP POLIS

Kuala Lumpur, 26 November 2024 - Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki mendera seekor kucing di sebuah taman perumahan di Jalan Klang Lama, di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya terkesan satu rakaman video tular berdurasi sembilan saat dimuat naik seorang pemilik akaun Tiktok pada jam 5.26 petang pada Sabtu.

“Rakaman video ini memaparkan seorang lelaki menganiaya seekor kucing dengan menariknya menggunakan tali dijerut pada leher haiwan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Rusdi berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields menahan seorang lelaki berusia 43 tahun di kediamannya pada jam 6.10 petang.

“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, polis sudah membuat permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi melengkapkan siasatan.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS