Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: LEBIH 7,000 ANGGOTA KESELAMATAN BANTU MANGSA BANJIR DI KELANTAN

Kota Bharu, 30 November 2024 - Lebih 7,000 anggota pasukan keselamatan digerakkan ke Kelantan bagi membantu mangsa banjir, termasuk pelbagai aset dihantar sejak lapan hari lalu, bagi melancarkan operasi menyelamat Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, banjir kali ini lebih teruk berbanding bah kuning pada 2014, terutama di Rantau Panjang.

Beliau berkata, antara aset yang sudah digerakkan ialah trak tiga tan dan lima tan, manakala trak yang lebih besar iaitu muatan tujuh tan juga akan dihantar ke Kelantan.
“Segala aset berkenaan dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba & Penyelamat serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Pada masa sama, persatuan nelayan juga menawarkan khidmat untuk membantu operasi bagi kawasan yang terkesan,” katanya.

“Saya dapat maklumat terdapat kekurangan khemah dan saya sudah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara supaya menghantar segera khemah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, trak ATM juga akan digunakan bagi mengambil calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di pedalaman untuk dihantar ke pusat peperiksaan
.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS