Menu

KPN PENUHI UNDANGAN KE ISTIADAT PEMASYHURAN CANSELOR DAN KONVOKESYEN KE-14 UPNM

 
Kuala Lumpur, 3 Disember 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini memenuhi undangan ke Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen ke-14 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang diadakan di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini.

Berangkat bercemar duli ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Istiadat telah dimulakan dengan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir mempersembahkan Watikah Pemasyhuran kepada Sultan Ibrahim sebagai Tuanku Canselor UPNM, sambil disaksikan oleh Tuanku Pro-Canselor UPNM, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam istiadat penuh tertib itu, Seri Paduka Baginda turut bercemar duli menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dan Ijazah Tinggi serta pengurniaaan anugerah kepada 15 penerima yang terdiri daripada graduan UPNM. Mendahului senarai adalah Panglima Angkatan Tentera Malaysia ke-19, Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (Bersara) yang menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Pengajian Strategi dan Pertahanan.

Dalam titah sulung selaku Canselor, Seri Paduka Baginda mengingatkan para graduan bahawa kejayaan mereka adalah berkat restu ibu bapa dan usaha daripada tenaga pengajar. Oleh itu, para graduan dinasihatkan agar menjadi insan yang bersyukur dan mengenang jasa para tenaga pengajar serta sentiasa mendoakan kedua ibu bapa.

"Para graduan akan mengharungi pelbagai bidang pekerjaan yang lebih mencabar. Nasihat saya, tiada jalan pintas untuk mencipta kejayaan, semuanya perlu usaha keras dan sifat taqwa dalam setiap pekerjaan," titah Sultan Ibrahim lagi.

Hadir sama, Menteri Pertahanan, Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Pro-Canselor UPNM, Laksamana Tan Sri Dato' Setia (Dr.) Mohd Anwar Hj. Mohd Nor (Bersara), Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad Ab Rahman, Panglima-panglima perkhidmatan ATM, barisan Pegawai Kanan UPNM, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizme Affendy Sulaiman serta para ibu bapa graduan.

Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Konstabel Muhammad Azri Sabri.

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 13 people, speaker, dais and text

May be an image of 8 people and dais

May be an image of 12 people and text


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS