Langkawi, 7 Disember 2024 - Dua lelaki sanggup terjun ke laut dan meninggalkan dadah bernilai RM3.55 juta dalam sebuah bot setelah menyedari kehadiran polis marin di perairan pulau peranginan ini pada Isnin lalu.
Dadah itu dipercayai diseludup masuk dari negara jiran ke pulau berkenaan yang dijadikan sebagai destinasi transit.
Komander
Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, ACP Hj. Rusley Chi Ari berkata, operasi khas itu dijalankan sepasukan polis marin kira-kira jam 11 malam dan bot itu berjaya ditahan pada kedudukan enam batu nautika dari Pulau Lima di sini.
Menurut beliau, dua suspek itu telah bertindak terjun ke laut selepas menyedari kehadiran anggota operasi dan sehingga kini kedua-dua mereka masih belum dikesan.
“Pemeriksaan ke atas bot terbabit menemui 102 bungkusan mengandungi plastik lut sinar berisi ketulan mampat kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat kira-kira 107.581 kilogram bernilai RM3.55 juta,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Sinar Harian seperti di lampiran.