Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 9 Disember 2024 (Isnin).
Sebanyak 1,877 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan lapan kematian. Terdapat peningkatan sebanyak 350 bagi kes kemalangan dan penurunan empat kes kematian berbanding hari sebelumnya.
Para
pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
