Sempena Program Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Kerajaan Negeri Melaka, PDRM menawarkan diskaun sebanyak 50% bagi kesalahan terpilih pada 14 Disember 2024 (Sabtu), jam 8.30 pagi hingga 9.00 malam bertempat di hadapan Mcdonald's Jalan Merdeka, Dataran Pahlawan, Melaka.
Inilah masanya untuk anda lunaskan tunggakan saman bagi mengelakkan nama anda disenarai hitam atau disekat untuk
pembaharuan cukai jalan atau lesen.
Semua dijemput hadir. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Jumpa anda di sana!


#11122024