Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PGA RAMPAS LEBIH 15,000 ANAK POKOK RM4.5 JUTA

 
Kota Bharu, 15 Disember 2024 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan penyeludupan pelbagai jenis tumbuhan hiasan, termasuk orkid dan pokok bidara yang dianggarkan bernilai RM4.5 juta di Kampung Limau Purut, Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang, Rabu lalu.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Dato' Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pihaknya menahan sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan pada kira-kira jam 7 malam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemukan lebih 15,000 pelbagai jenis anak pokok yang dipercayai diseludup dari Thailand di dalam kenderaan itu tanpa dokumen yang sah.

“Suspek seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup tumbuhan tersebut ke pasaran tempatan dan kes ini disiasat mengikut Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'Lebih 15,000 anak pokok RM4.5 juta kena rampas Kota Bharu: Pasukan Gerakan nahan sebuah kenderaan yang patan berusia 53 tahun diper- Tenggara lelaki aimenjadi kegiatan mencurigakan menyeludup tersebut udupan pelbagai tumbu- tugas dalam tempatan dan termasuk Wawasar Kelantan pada bidara RM4.5 jutad Kampung Limau Purut, anglima Rantan Panjang. Rabu Komander PGA. berkata, menemu hasil Briged Tenggara A disiasat Tumbuhan 1976(Akta167) katanya menerusi kenyataan, emalam. 교표 tiseludup Thailand di dalam kenderaan tanpa Suspek lelaki tem- suspek barang rampasan dibawa Komtak Taman Bakti untuk tindakan selanjutny BERNAMA PGA di Kampung Limau Purut, Bayu- Rantau Panjang, Rabu (FotoihsanPGA)'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS