Tentunya sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab dan prihatin tentang keselamatan anak masing-masing, tidak mahu video seperti di paparan terjadi kepada mereka yang tersayang.
Sewajarnya kesalahan jalan raya yang dibuat boleh dielakkan jika masyarakat sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa demi memastikan generasi pelapis sentiasa menghormati undang-undang serta peraturan jalan raya.
Undang-undang negara tidak boleh dicabar. Ibu bapa atau penjaga perlulah memastikan anak-anak di bawah jagaan masing-masing memandu kenderaan atau menunggang motosikal dengan berlesen dan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan.