Berdasarkan perangkaan
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Polis Diraja Malaysia, sebanyak 149 kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk
didakwa mengikut Seksyen 44 akta berkenaan antara Januari 2021 hingga September lalu. Ia menimbulkan persoalan, sama ada pengguna jalan raya menyedari pindaan itu atau tidak ambil peduli hukuman berat diperuntukkan undang-undang itu.