Menu

POSTING PILIHAN: 122 PELATIH KONSTABEL POLIS ORANG ASLI BERJAYA TAMAT LATIHAN DI PLPGA


Ipoh, 26 Disember 2024 - Seramai 122 Pelatih Konstabel Polis Orang Asli berjaya menamatkan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLPGA) dekat Ulu Kinta, di sini, pagi tadi.

Penutupan PLAK Siri 1/2024 tadi disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am - PGA) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Suzrin Mohd Rodhi dengan turut dihadiri oleh Komandan PLPGA, Superintenden Mohammad Hafiz Kadir.

Dalam majlis itu juga seramai lima pelatih diberi anugerah mengikut kategori masing-masing. Mereka ialah Konstabel Ablen Ibram Abdullah yang menjadi pelatih terbaik jasmani, Konstabel Rizman Ramesh (kawad kaki), Konstabel Sizanawan Sakarian (menembak), Konstabel Ruhinasrin Hashim (akademik) dan Konstabel Exduience Hamdan sebagai terbaik keseluruhan.

Yang turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Perjawatan Bukit Aman, SAC Mohd Zaini Abu Hassan, Timbalan Komander 69 Komando Pasukan Gerakan Khas, ACP Rosman Kasman dan Timbalan Komander Briged Utara PGA, ACP Shamsul Baharin Aman.

Sumber: Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta Perak

May be an image of 3 people

May be an image of 7 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 11 people

May be an image of 4 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 2 people and text that says 'a SUSKI POLIS PLPGA PUSAT LATIHAN SUKAN GERAKAN M JLU LUKINTAPERAK, KINTA PERAK PLPGA'

May be an image of 8 people


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS