Ketibaan beliau kira-kira jam 10.00 pagi tadi disambut oleh Timbalan Pengarah
Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato’
Ts. Azizee Ismail bersama Timbalan Ketua Polis Daerah
Brickfields, Superintenden Ahmad Firdaus Mustafa Kamal.
Dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira 30 minit tersebut, Dato’ Sri Ayob Khan turut menitipkan doa, kata-kata semangat serta sokongan moral selain menyampaikan sumbangan kepada Inspektor Muhammad Al Azim.
Inspektor Muhammad Al Azim, 31 tahun, yang merupakan Inspektor Sekretariat Atlet PDRM telah diagnosis menghidap sakit kanser dan sedang menjalani rawatan rapi di hospital berkenaan.
Turut hadir, Setiausaha Majlis Sukan PDRM, Superintenden Bibiana Ng Pei Chin, Superintenden Kebajikan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Superintenden S Suzana S Abdullah dan barisan pegawai kanan PDRM.