Menu

[ARTIKEL PILIHAN] OP PEDO: PEKERJA KILANG MENGAKU SALAH MILIKI BAHAN PENGANIAYAAN SEKSUAL KANAK-KANAK, VIDEO LUCAH


Kuala Berang, 30 Disember 2024 - Seorang pekerja kilang ais mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak dan video lucah, minggu lepas.

Muhammad Affandi Mohd Azi, 33, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Batangan dalam daerah Marang pada 8.50 malam, 23 Disember lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Lelaki itu juga berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pegawai Pendakwa, ASP Tuan Norhasnida Tuan Nordin menawarkan jaminan RM12,000 bagi kedua-dua pertuduhan, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon rayuan rendah atas faktor kewangan selain menanggung seorang isteri.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,
Sumber: BERNAMA


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS