Terima kasih buat Koperal Rosli Ismail, Konstabel Wan Muhammad Ilman Wan Mustakar dan Konstabel Mohamad Mawaridi Osman dari Balai Polis Marang, Ibu Pejabat Polis Daerah Marang kerana memberi bantuan pantas dengan menukarkan tayar sebuah kenderaan awam yang pancit semasa melakukan tugas rondaan cegah jenayah di jalan Bukit Khor, Marang, Terengganu kelmarin.