Menu

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: 26,380 DITAHAN EDAR, SELUDUP DADAH SEJAK JANUARI HINGGA NOVEMBER 2024

Petaling Jaya, 31 Disember 2024 - Seramai 26,380 individu ditangkap selepas terlibat dalam 19,352 kes penyeludupan dan pengedaran dadah di seluruh negara sejak Januari hingga November lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM, CP Dato’ Seri Khaw Kok Chin berkata, pihaknya mendapati kes penyeludupan dan pengedaran dadah banyak tertumpu di kawasan-kawasan bandar.

Katanya, Kuala Lumpur, Kedah, Selangor, Johor dan Pulau Pinang antara negeri tertinggi merekodkan kes penyeludupan dan pengedaran dadah.

“la diikuti dengan Perak, Kelantan, Terengganu, Sabah, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS