Petaling Jaya, 6 Januari 2025 - Jenaka seksual dikategori sebagai satu perbuatan lucah dan mengganggu kehormatan yang merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Menerusi peruntukan sedia ada, mereka boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun dan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hjh. Nancy Shukri berkata, masih wujud persepsi bahawa jenaka atau gurauan berbaur gangguan seksual sebagai amalan normal meskipun ia membabitkan perbuatan lucah dan menyentuh kehormatan mangsa.
Katanya, perkara itu menjadi cabaran untuk menangani gejala seksual apabila dianggap seringkali dinormalisasikan sebagai perkara biasa dalam kalangan masyarakat.
“Salah satu cabaran dalam menangani gangguan seksual ialah persepsi sesetengah pelaku yang menganggap perlakuan tersebut sebagai jenaka yang tidak menyinggung.
“Namun, hakikatnya apabila mangsa berasa tidak selesa dengan usikan atau tingkah laku berunsur seksual oleh pelaku, maka ia boleh diklasihkasikan sebagai gangguan seksual,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Utusan Malaysia seperti di lampiran.