Terima kasih Saudara Mr Rabbit JA atas penghargaan anda kepada perkhidmatan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) membantu mengalihkan objek yang terjatuh daripada kenderaan lain di atas jalan raya semasa tugas rondaan di laluan tersebut.
Perbuatan mulia sebegitu wajar dijadikan inspirasi, selain mengingatkan semua bahawa anggota PDRM sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan penuh komitmen tanpa mengharapkan ganjaran.
Ia bukan sahaja mengelakkan risiko kemalangan, malah menyumbang kepada kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya lain.
Sumber: Facebook Mr Rabbit JA