Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 10 Januari 2025 (Jumaat).
Sebanyak 1,686 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan sembilan kematian. Terdapat penurunan sebanyak 69 kes kemalangan dan sepuluh kes kematian berbanding hari sebelumnya.
Para
pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM