Terima kasih diucapkan kepada pemilik akaun Facebook Samok Dok atas perkongsian video menunjukkan seorang anggota polis mengangkat anaknya yang kurang upaya untuk dibawa ke pusat pemindahan sementara.
Operasi menyelamat menerusi Op Banjir itu dilakukan pihak polis selepas paras air meningkat ekoran hujan lebat yang melanda beberapa daerah di negeri Johor.
Semoga mereka yang menghadapi musibah ini diharapkan agar tabah dan sabar dengan dugaan yang dihadapi.