Menu

#BiarJasaJadiKenangan 200 WIRA DAN WIRAWATI BUDIMAN SANG SAKA BIRU TERIMA PENGHARGAAN KHAS KPN

Kuala Lumpur, 14 Januari 2025 - Hasrat Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain untuk menghargai wira dan wirawati Sang Saka Biru yang telah berbakti kepada masyarakat dalam sebuah majlis khas, akhirnya berjaya direalisasikan dekat Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Majlis Apresiasi Ketua Polis Negara bersama Pegawai Polis yang Bersifat Mulia dan Budiman julung kali diadakan dengan menghimpunkan seramai 200 pegawai serta anggota polis dari seluruh Malaysia, yang bukan sahaja menjalankan tugas hakiki dengan cemerlang, malah turut menaikkan imej Pasukan melalui tauladan baik yang dipamerkan kepada masyarakat.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan KPN, DIG Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Pengurusan selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid.

Pemilihan mereka yang bertuah menerima Surat Penghargaan Khas KPN itu dibahagikan kepada lapan kategori iaitu menolak rasuah (62 penerima), cedera semasa bertugas (31), menyelamatkan mangsa terlibat kebakaran, bencana banjir dan cubaan membunuh diri (16), membantu mangsa kemalangan (13), membantu kenderaan rosak (25), membantu melancarkan aliran tersumbat (9), menyelamatkan haiwan (9) serta lain-lain sifat mulia (35).

Kesemua penerima adalah mereka yang pernah tular melalui perkongsian video oleh orang awam dan Media Sosial Rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari tahun 2022 hingga 2024.

"Pengiktirafan ini diberi kepada warga polis yang telah mengharumkan nama Pasukan dengan menzahirkan sifat mulia dan terpuji melalui tindakan penuh keinsanan semasa menjalankan tugas yang diamanahkan," ucap Tan Sri Razarudin dalam majlis tersebut.
Tambah beliau, jika sebelum ini, warga polis sudah terbiasa dengan jolokan "unsung hero" yakni wira yang tidak didendang, namun sejajar dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam yang menuntut penghargaan diberikan kepada penjawat awam, PDRM turut tidak ketinggalan menggunakan pendekatan itu sebagai pemangkin semangat ke arah penyampaian perkhidmatan lebih berkualiti.

Jelasnya lagi, berita tular mengenai kebaikan warga polis juga membuktikan bahawa segala tohmahan dan kecaman yang sering diperkatakan oleh masyarakat hanyalah disebabkan oleh segelintir pegawai atau anggota yang sedikit tergelincir dari landasan dan akhirnya merosakkan imej Pasukan.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa agar Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard memperteguhkan integriti warga Pasukan menerusi pemantauan berterusan ke atas mereka yang telah selesai menjalani tempoh hukuman tatatertib.

“Ia bagi memastikan mereka ini tidak lagi melakukan kesalahan yang boleh menjejaskan kredibiliti diri dan Pasukan seluruhnya,” ujar beliau.

Sebelum mengakhiri ucapan, Tan Sri Razarudin berharap agar majlis seumpama itu turut dianjurkan di peringkat kontinjen dan formasi bagi memastikan semua warga polis yang telah mengharumkan nama Pasukan diberi penghormatan selayaknya.

Sementara itu, salah seorang penerima Surat Penghargaan Khas KPN, Koperal Mohd Azmil Zabidi dari Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor menzahirkan rasa bersyukur dan terharu atas keprihatinan pucuk pimpinan dalam menghargai warganya yang berusaha menjaga nama baik Pasukan.

“Saya percaya, jika kita berkerja dengan ikhlas dalam membantu memudahkan urusan orang lain, Allah SWT akan permudahkan juga urusan kita”, ujar beliau.

Koperal Mohd Azmil yang bertugas selaku Pegawai Perhubungan Sekolah, menjadi motivator kepada pelajar sekolah dan mahasiswa universiti, dengan sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dalam ceramah yang disampaikan. Beliau juga menggunakan platform media sosial sebagai medium bagi mendekatkan lagi hubungan polis dengan masyarakat.

Turut hadir, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM, Komandan PULAPOL KL, DCP Alzafny Ahmad, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah, barisan Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis negeri serta pengamal media.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Bryanlie Mustin

May be an image of 6 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 3 people, dais and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 2 people, violin, speaker and text

May be an image of ‎5 people, speaker, dais and ‎text that says '‎yang tercinta setla Deml bakti penuh dlanlung tinggl Deml yang DlGurahkanbakianjungtIngg ber erbelah disanjung bagi Kesetiaan tak Demi Dicurahkan yang disanjung negara yang bakti penuh tercinta setia បា ..送~ 立ま消へ tinggi Kesetiaan tak berbelah bagi Kepada pemimpin kepada at rusaha kepada rakyat Kepada pemimpi Khidmat diberi Sama Setla 1mat untuk semua thidmat diberi penu sama bekerje atia berkhidmat Rek Ar apa saja dijaga setia ិកាកម្ពជា្ាសង្រ Untul سسے bangsa dan neAa iga berkorban bangsa# berikrarı pen tuk a, bai gara‎'‎‎

May be an image of 5 people and text

May be an image of 1 person, table and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 10 people and text

May be an image of 9 people and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 1 person, table and text

May be an image of 1 person, table and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 4 people, table and text

May be an image of 3 people

May be an image of 5 people and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of text

May be an image of text

May be an image of 13 people and text

May be an image of 11 people and text.
May be an image of 5 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 4 people and text.

May be an image of 3 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 8 people, dais and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 6 people, dais and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 4 people and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 7 people and text.



PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS