Berita baik! Orang ramai masih berpeluang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 melalui Pertandingan Reka Bentuk Pakaian Pancaragam PDRM yang dipanjangkan tempoh penyertaannya sehingga 28 Februari 2025.
Ayuh, jangan lepaskan peluang keemasan ini dan segera hantarkan rekaan hebat anda, sekali gus berpeluang memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan.

Penyertaan adalah PERCUMA.

Terbuka kepada semua RAKYAT MALAYSIA sahaja.

Reka bentuk hendaklah asli.

Reka bentuk adalah termasuk pakaian, seluar dan “cap”

Corak rekaan adalah bebas namun WAJIB untuk kekalkan beberapa aksesori PDRM.

Warna pakaian adalah bebas, namun perlulah signifikan dengan kepolisan.

Setiap orang hanya dibenarkan menghantar satu (1) penyertaan sahaja.

Kod warna/ “pantone” perlulah dinyatakan dalam reka bentuk.

Setiap penyertaan perlulah mereka bentuk dua (2 ) kategori pakaian iaitu Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis.

Rekaan terbaik akan menjadi hak cipta milik PDRM sepenuhnya dan PDRM berhak untuk mengubah rekaan tersebut.