Petaling Jaya, 11 Januari 2025 - Seramai 109 pengguna jalan raya maut di seluruh negara disebabkan haiwan peliharaan atau ternakan sepanjang tahun lalu.
Dalam tempoh tersebut, sebanyak 14,560 kes kemalangan membabitkan haiwan liar, haiwan peliharaan dan ternakan dicatatkan di seluruh negara dengan 13,877 kes kemalangan menyebabkan kerosakan kepada kenderaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, daripada jumlah itu, selain kematian, sebanyak 30 kes kemalangan melibatkan kecederaan parah dan 544 kes lagi cedera ringan.
Beliau berkata, kajian jabatan menunjukkan trend peningkatan kemalangan disebabkan haiwan melintas di jalan raya, mendatangkan kegusaran kepada pengguna.
Justeru katanya, semua pihak khususnya pemilik perlu bertanggungjawab bagi memastikan ternakan mereka tidak mengganggu aliran trafik dan mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya.“Penternak atau penjaga haiwan mengabaikan keselamatan boleh diambil tindakan mengikut tahap sesuatu kes di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan iaitu kecuaian menjaga haiwan dan Kaedah 33 Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan LN 166/59 iaitu haiwan hendaklah dijaga,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.