Kuantan, 13 Januari 2025 – Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil -(JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf hari ini mengadakan lawatan kerja dan menyampaikan amanat kepada warga JSJK di Dewan Tun Razak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini.
Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Polis (KP) Pahang, CP Dato’ Sri Yahaya Othman di lobi, IPK Pahang sebelum dibawa ke dewan bagi mengadakan
perjumpaan dengan warga jabatannya yang bertugas di kontinjen tersebut.
Hadir sama, Timbalan KP Pahang, DCP Dato' Noor Hisam Nordin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Pemalsuan/Pelaburan Bersindiket JSJK Bukit Aman, SAC Mohd Mahidisham Ishak dan Ketua Jabatan Pengurusan IPK Pahang, ACP Mohd Fakhrurazie Che Sulaiman.