Katanya, dalam serbuan itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki warga Hong Kong, berusia 27 tahun yang berperanan sebagai tukang masak bagi memproses dadah berkenaan.
"Ketika ditemui, dadah ini siap sedia untuk diedarkan bagi pasaran tempatan dan luar negara," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (KL), di sini, hari ini.