Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: LAPAN BURUH PAKSA WARGA BANGLADESH DISELAMATKAN

Gua Musang, 23 Januari 2025 - Warga Bangladesh yang dipercayai dieksploitasi dan diperdaya untuk bekerja sebagai buruh paksa di ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing di sini, diselamatkan oleh polis pada Selasa.

Operasi kira-kira jam 12.30 tengah hari itu dilaksanakan menerusi Op Pintas sepasukan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, SAC Soffian Santong berkata, mangsa terdiri daripada lapan lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan 27 hingga 47 tahun.

Menurut beliau, mangsa disyaki dieksploitasi dengan cara tidak dibayar gaji dan ada antara mereka bekerja kira-kira enam hingga tujuh bulan lalu.

“Selain itu, 25 orang telah ditahan terdiri daripada tiga lelaki tempatan dan 22 warga asing yang kesemua berusia lingkungan 24 hingga 50 tahun.

“Tiga lelaki tempatan ini berperanan sebagai pemilik dan pembantu ladang yang disiasat mengikut Seksyen 12 Akta ATIPSOM 2007 serta Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS