Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PGA, KPDN BONGKAR KILANG BAJA TIDAK BERLESEN

 
Kepala Batas, 24 Januari 2025 - Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang berjaya membongkar kilang baja beroperasi tidak berlesen di kawasan Permatang Saga, Pinang Tunggal di sini, pada Rabu.

Komander Briged Utara PGA, SAC Shahrum Hashim berkata, serbuan dibuat hasil risikan selama seminggu terhadap premis yang memproses baja pertanian tanpa lesen yang sah.
Menurutnya, ketika serbuan dibuat seorang lelaki berusia 71 tahun yang mengaku sebagai pemilik perniagaan itu, telah ditahan untuk siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan mendapati sejumlah besar baja dan peralatan pembungkusan serta penghasilan baja berada di premis tersebut sebelum kes diserahkan kepada KPDN Pulau Pinang untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di lokasi serbuan pada Khamis.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 3 people and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS