Johor Bahru, 24 Januari 2025 - Seorang lelaki sanggup menyogok wang sebanyak RM2,500 kepada anggota polis untuk melepaskan diri daripada diambil tindakan undang-undang selepas didapati membawa pelbagai mercun dan bunga api tanpa lesen di Taman Desa Seri Endau, Mersing pada Isnin.
Ketua
Polis Johor, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu berkata, lelaki tempatan berusia 24 tahun itu ditahan ketika sepasukan polis dari Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Mersing menjalankan tugas pemantauan di kawasan berkenaan pada jam 10.30 malam.
Menurutnya, tindakan tersebut diambil selepas anggotanya mengesan pergerakan sebuah Toyota Vios berwarna putih dipandu dalam keadaan yang mencurigakan.
“Hasil pemeriksaan ke atas kereta ini menjumpai pelbagai jenis mercun serta bunga api yang disembunyikan di bahagian tempat duduk belakang dan but kereta.
“Lelaki ini juga gagal mengemukakan lesen yang sah berhubung pemilikan bahan letupan,” katanya dalam kenyataan pada malam Rabu.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan
Sinar Harian seperti di lampiran.