Menu

KPN HADIR ISTIADAT SAMBUTAN NEGARA SEMPENA LAWATAN PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA

 
Kuala Lumpur, 27 Januari 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Istiadat Sambutan Negara dan Majlis Jamuan Negara Meraikan Lawatan Negara oleh Presiden Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Bapak Prabowo Subianto di Istana Negara, pagi tadi.

Ketibaan Bapak Prabowo telah disambut oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di perkarangan Istana dengan diiringi Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim diikuti penerimaan tabik hormat Kawalan Kehormatan Utama daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Seusai itu, Bapak Probowo telah dibawa menghadap Sultan Ibrahim di Dewan Seri Maharaja bagi dikurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati I serta membincangkan isu-isu semasa dan mengeratkan lagi hubungan kerjasama dua hala kedua-dua buah negara di rantau Asia Tenggara bersama barisan menteri kabinet.

Lawatan Negara tersebut merupakan yang sulung oleh Bapak Prabowo ke negara Asia Tenggara selepas menjawat jawatan Presiden Republik Indonesia ke-8 pada Oktober tahun lalu.

Dalam majlis, Tan Sri Razarudin bersama Ketua-ketua Agensi Kerajaan Persekutuan turut dipersilakan ke Dewan Santapan untuk menyertai Sultan Ibrahim bersama Bapak Prabowo ke Majlis Jamuan Negara.

Yang turut hadir, Timbalan PM I merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan PM II merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Hj. Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Jabatan Penerangan Malaysia

May be an image of 8 people and dais

May be an image of 3 people and text

May be an image of monument and text

May be an image of 3 people

May be an image of 3 people, dais and text
May be an image of 8 people and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS